Friday, May 13, 2005

Maple Story III



3 sekawan he he!

Maple Story II



he he dah jadi !!

Maple Story



he he this is me!!!blom jadi apa2 lagi baru level 9..tgh bercanda dengan ^^

Tuesday, May 10, 2005

Impian Jadi Nyata

bukan masuk final AF3 ke apa, cuma akhirnya setelah menunggu peluang untuk bertandang ke rumah kak iza akhirnya apa yg dihajati sudah tercapai.
but agak mengecewakan bila faril tak datang sekali tapi takpe masih ada masa.
actually tak sabar nak jumpa atie sbb baru bbrp hari lepas dia sampai KL untuk temankan bapa dia jat IJN,apa2pun doakan moga dia dan sekeluarga sihat selalu.
lagi satu, nak tunggu reply harim -member parktikal untuk reply email aku..he he plsszzz harim....!!!

Friday, May 06, 2005

Berkhidmat untuk negara

Masih teringat sewaktu saya menjalankan latihan praktikal di Jabatan Penerangan setahun lepas untuk projek akhir pengajian saya. Saya bersama beberapa org rakan Zita(member st kolej), 4 pelajar dr kolej lain dan 2 org UUM senior lain.

Kami dikehendaki untuk membuat beberapa sistem yang berkaitan dengan pembangunan laman web dan kami masing2 mengerah otak dan idea(mebbe a lil) sehingga kesemua kami mendapat keputusan yang cemerlang hasil dari projek bersama kami tersebut.
sistem maklumat carian berkaitan penerbitan untuk jabatan penerangan. hari ini, saya cuba2 untuk menjenguk apa yang kami hasilkan dan sungguh saya tak sanggka kerana sistem itu telah pun digunakan.w/pun tiada siapa pun yang sebenarnya tahu namun sumbangan kecil ini boleh dikira membatu kerajaan .

lawat la http://www.penerangan.gov.my . << this is actually our final project!
w/pun bukan la hasil penuh saya, tapi sekurang2nya saya boleh berbangga bila idea saya diguna pakai. kerana saya ingat lagi untuk pertama kali ketika saya menjejaki bahagian teknologi maklumat(tingkat 11) pada kali pertama. laman web ini ketika itu belum lagi seceria dan lengkap. namun kini, komen saya ia 80% lebih baik, dan lebih berguna. Syabas!!!

Tuesday, May 03, 2005

emm..normal

hari ni bangun lewat sedar2 je dah pukul 11 pg(eleh mmg sll cam tu pun) but tq sbb akak sy dah masak breakfast yg sedap2.

so tgh hari sy bersiap untuk pergi ke rumah sepupu untuk kemas dan ambil bbrp barang yg sy tinggalkan bbrp minggu lalu. yg paling tak best, sy start tunggu bus pukul 12 tapi bas pi rumah sepupu sy tu ada bila jam 4.30. punya la bosan dok sorang2 kat melaka sentral.rasa cam nak balik tidur je tp kena pegi jugak sbb hari ni masa yg sy ada untuk ambil baju2 sy tu.

tido kat sana!!

Monday, May 02, 2005

Owh..akhirnya

ok setelah menunggu sekian lama, akhirnya my sister and i dah pun berpindah tetapi sekadar pindah untuk memenuhi syarat tuan rumah yang kami harus pergi dari rumah itu sebelum 3 hb.

so petang yg boring, sambil mengemas semua barang2. saya ada 2 beg je tapi yg malas kena tolong skali kemas brg2 akak yg berkotak2 tu(susah la jd perempuan - tudung je dah satu kotak besar tau).boring tak kisah sgt but yg lecehnya saya pula kena angkat semua benda2 berat(peti ais,mesin basuh etc) tu masuk dlm lori and akak sy pula asyik cakap "ya yg tu, ok yg ni pula". geram tu geram jugak tapi semangat nak pindah tu dah berkobar2. time tu hujan dan nasib baik ada sorg jiran tolong so boleh tahan la sabar tu.

but apa2 pun hajat sy untuk lari dari rumah lama dah tercapai w/pun apa yang dijanjikan 'jauh dari apa yg disangkakan" sebab kami bukannya berpindah ke KL tapi hanya di melaka juga..