Sunday, July 03, 2005
UNTITLED
tak pasti la kalau idea nak melarikan diri(saya dah lari pun, not idea anymore) ni satu idea yang bijak sebab aku sendiri pun tak tau nak pergi mana. tapi apa yang pasti, aku tidak lagi mendengar rungutan, teriakan kakak aku yang panas baran dan "affair" hanya mampu tunduk dan membisu. bukan aku tak nak masuk campur( i tried but, someone stopped me)malah situasi macam ini aku dah lalui banyak kali. dan boleh dikatakan inilah kemuncaknya. perang dunia paling dahsyat sebenarnya datang dari kemarahan dalam diri kita sendiri yang bila tidak mampu dibendung, apinya bakal meletus dan mengegarkan dunia. detik ini juga membuatkan aku menangis lagi semenjak kali terakhir (yg aku ingat) the day my bro died 3 years ago. bukan menangisi apa yang berlaku, dan melihat semuanya berakhir tetapi sedih kerana aku tak mampu berbuat apa untuk membetulkan keadaan. patutkah aku salahkan diri sendiri, hell NO!!!tapi saya sebenarnya tertanya mengapa semua kejadian "buruk" berlaku semuanya di depan mata aku sendiri ,ibarat aku menjadi saksi terhadap semua kebiadapan peribadi yang berlaku dalam drama kehidupan keluarga aku. mengapa mesti aku? kesannya, aku sendiri yang tertekan, begitu banyak cerita, rahsia dan kemarahan terpendam yang telah aku simpan. aku rasa perasaan dan kepercayaan aku terhadap kehidupan, perhubungan sudah berubah. aku tak pasti lagi yang mana benar dan salah. aku hilang penilaian terhadap kebaikan yang ada pada diri aku. mebbe thats why i really want to be rude, be someone yang tidak lagi memiliki sebarang perasaan terhadap apa jua perkara yg menyakitkan dan menyedihkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment